Replika tanjak Pahang 'Lang Menyongsong Angin' hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu kini dipamerkan di Istana Budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Pameran 'Tanjak Terbesar' yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan seramai 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dengan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked petang Sabtu.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Presiden Persatuan Bentan Malaysia Datuk Nazri Kamal Al-Bentan berkata pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang.
"(Selain itu) Al-Sultan Abdullah juga turut memakai tanjak ini dalam acara rasmi dan istiadat Diraja di negeri Pahang," katanya kepada Bernama di sini.
Nazri Kamal berkata dengan adanya pameran mengenai tanjak yang sering dikaitkan dengan istana dan kepahlawanan serta dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu, ia dapat mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak.
"Pemakaian tanjak ini perlu dipakai bersesuaian dengan istiadat dan tempat yang sesuai iaitu dengan berpakaian penuh berbaju Melayu, bersampin dan bercapal atau berkasut," katanya.
Nazri Kamal yang berpakaian lengkap berbaju Melayu serta bertanjak turut menyatakan pemakaian tanjak oleh generasi muda secara berpakaian kasual dengan berkemeja-T dan berseluar jeans adalah tanjak kreasi.
" (tetapi bagi) Tanjak warisan tidak sesuai dipakai dengan pakaian biasa atau kasual," katanya.
Menyentuh mengenai tanjak yang terbesar itu, Nazri Kamal berkata selepas pameran itu, kain tanjak akan dipotong menjadi helaian kain untuk dijadikan tanjak biasa dan akan diberikan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sebagai cenderahati bagi memperkasakan budaya, adat dan warisan Melayu.
"Kalau mereka hendak membeli di luar, harga tanjak itu bermula dari RM80 satu dan boleh mencecah hingga ribuan ringgit, bergantung kepada jenis kain yang digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Nazri Kamal (kanan) bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik melihat replika tanjak ketika majlis perasmian Program Tanjak Terbesar di Malaysia dan Dunia di Galeri Istana Budaya, 11 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Jadikan adat, budaya Melayu sebagai mata pelajaran - Rais Yatim
Ia bagi memastikan amalan adat serta budaya Melayu itu dapat diterapkan kepada rakyat selain memperkasa tamadun warisan bangsa itu sendiri.
Pameran tanjak terbesar di Istana Budaya
Pameran 'Tanjak Terbesar' yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya.