GADGETS
Panasonic Malaysia lancar Siri X-Premium Inverter, penyaman udara generasi baharu penuh bergaya
SHAH ALAM: Panasonic Malaysia mengambil langkah kondusif dengan menampilkan inovasi baharu Siri X-Premium Inverter, bagi memenuhi keperluan gaya hidup tempatan.
Ringkasan AI
- Panasonic Malaysia mengambil langkah kondusif dengan menampilkan inovasi baharu Siri X-Premium Inverter, bagi memenuhi keperluan gaya hidup tempatan.
- Menurut Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Panasonic Air-Conditioning Malaysia, inovasi baharu ini merupakan sebuah penyaman udara pintar 2-dalam-1 generasi baharu yang menggabungkan penyejukan berprestasi tinggi dan penapisan udara canggih sekaligus memberikan perlindungan udara dalaman untuk jangka panjang demi kehidupan lebih sihat dan selesa.
- Siri baharu X-Premium Inverter ini juga mencerminkan visi korporat Panasonic, "Create Today. Enrich Tomorrow." yang menyokong kesejahteraan menyeluruh untuk, masyarakat serta alam sekitar.
Siri baharu X-Premium Inverter ini juga mencerminkan visi korporat Panasonic, “Create Today. Enrich Tomorrow.” yang menyokong kesejahteraan menyeluruh untuk masyarakat serta alam sekitar.
Panasonic terus membina legasi inovasi dengan berteraskan warisan kualiti yang dipercayai lebih 100 tahun berinspirasikan Jepun dan dibangunkan di Malaysia sejak lebih 50 tahun diikuti pengalaman tempatan Panasonic membolehkan syarikat ini memahami dan memenuhi keperluan pengguna Malaysia dengan lebih baik.
Lebih daripada sekadar kelengkapan penyejuk, Siri X-Premium Inverter menekankan kepercayaan Panasonic berhubung kepentingan udara bersih bukan sekadar untuk keselesaan, malah kesejahteraan pengguna.
“Memandangkan rakyat Malaysia kini lebih kerap menghabiskan masa di dalam rumah kualiti udara memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan, sekali gus mewujudkan ruang kediaman yang lebih selesa dan bebas tekanan.
“Kami memahami tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia pada masa kini, dari kos sara hidup yang semakin meningkat, kebimbangan kesihatan, kepada keperluan untuk ketenangan minda dalam fasa dunia yang semakin pantas.
“Ini memberikan inspirasi kepada kami untuk mencipta slogan ‘BeyondTheCool’ yang mencerminkan komitmen Panasonic untuk memenuhi keperluan sebenar dengan solusi yang lengkap dan bukan sekadar alat penyejuk.
“Siri X-Premium Inverter baharu ini menawarkan kecekapan tenaga bersama teknologi mampan dengan fokus menyeluruh terhadap kesihatan.
"Ia direka dengan teliti untuk mewujudkan ruang yang lebih baik untuk kehidupan harian pengguna,” katanya ketika ditemui di Pelancaran Penyaman Udara Siri X-Premium Inverter di Panasonic Appliances Air-Conditioning, Shah Alam, pada Selasa.

Penghawa dingin Siri X-Premium Inverter boleh didapati dengan harga, RM 2,801.00. - Foto Panasonic Malaysia
Teras siri ini ialah nanoe™ X Generator Mark 3, yang menghasilkan 48 trilion radikal hidroksil sesaat menjadikan siri ini menghalang debunga dan menyahbau empat kali lebih pantas berbanding produk terdahulu.
“Teknologi nanoe™ X kami terbukti berkesan melalui lebih 100 ujian dalam menghapuskan bau, bakteria dan virus, kulapuk, alergen, serta debunga dengan kelebihan tambahan untuk melembabkan kulit dan rambut.
“Keberkesanan ini telah diperakui oleh pakar dalaman dan bebas yang diiktiraf. Ia amat bermanfaat bagi kediaman yang mempunyai anak kecil, warga emas, atau individu dengan masalah pernafasan.
“Dengan ciri-ciri ini, siri X-Premium Inverter menjadi peralatan pintar yang ideal semasa musim jerebu di Malaysia, memberikan udara yang lebih bersih dan selamat sepanjang tahun.
Sistem ini turut mengandungi Anti-Dust Cross Flow Fan yang mencegah pengumpulan habuk dalaman, manakala nanoe™ X menyekat bahan pencemar menjadikan gabungan ciri-ciri ini mampu menghalang sehingga 99 peratus bakteria, virus, dan kulat.
Siri ini juga hadir dengan Clean Air Indicator iaitu paparan masa nyata (real-time display) tiga warna yang memantau tahap kualiti udara dan bertindak balas sewajarnya selain turut dilengkapi Dust Sensor yang mengesan partikel sekecil PM2.5, dan Odour Sensor bagi mengenal pasti bau-bau seperti masakan, sampah, asap rokok, badan, dan haiwan peliharaan.

Antara selebriti dan wakil media ketika sesi Jelajah R&D merangkumi demonstrasi penghawa dingin Siri X-Premium Inverter. - Foto Panasonic Malaysia
Selari dengan pelancaran produk ini, Panasonic Malaysia melancarkan kempen “Hidup Mesti Chill”, sebuah inisiatif untuk menekankan kepentingan kesejahteraan mental dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun menghadapi cabaran kehidupan harian.
Panasonic Malaysia turut melancarkan kempen khas untuk pengguna iaitu “Hidup Mesti Chill dengan nanoe™ X”, yang menawarkan peluang kepada empat pemenang bertuah untuk memenangi hadiah utama berupa subsidi bil elektrik selama setahun bernilai RM10,000.
Untuk maklumat lanjut berhubung kempen, orang ramai boleh layari Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami