awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu kereta lawan arus, suami isteri ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2023
03:00 MYT
Pandu kereta lawan arus, suami isteri ditahan
Tangkap layar video tular berhubung sebuah kereta dipandu melawan arus. - Foto Sinar Harian/Facebook
PORT DICKSON: Polis menahan sepasang suami isteri di Mambau, Seremban pada awal pagi Isnin selepas memandu kereta secara melawan arus di kilometer 17-19 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman video berdurasi 32 saat berhubung perbuatan mereka itu tular di media sosial Facebook pada Ahad antara jam 5 hingga 6 petang.
"Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.
"Bertindak atas maklumat, pada jam 2 pagi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah membuat tangkapan terhadap pasangan berkenaan yang terlibat sebagai pemandu dan penumpang, di kediaman mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil soal siasat kedua-dua suspek memaklumkan bahawa kenderaan mereka mengalami masalah di bahagian enjin dan tindakan memandu melawan arus itu adalah untuk mencari bengkel bagi membaiki kenderaan tersebut.
"Kedua-duanya ditahan dan sebuah kereta yang dirakam dalam video tular itu dirampas untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
"Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati melalukan kesalahan berkenaan," katanya.
Video tular dengan kapsyen ' bahayakan orang lain, Lebuhraya Seremban-Port Dickson' itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media sosial itu.
Topic Berkaitan
#lawan arus
#suami isteri ditahan
#video tular
#Lebuhraya Seremban-Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan