LANGKAWI: Pasangan kekasih berjaya ditahan polis selepas memecut dan memandu secara melawan arus sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Padang Matsirat, pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.00 petang itu, sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah kereta Toyota Avanza berwarna perak di tepi jalan berhampiran Pusat Perdagangan Kelana Mas dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Menurutnya, menyedari kehadiran pasukan polis, suspek bertindak memecut dan telah melanggar beberapa kenderaan ketika cuba melarikan diri.
“Kenderaan suspek seterusnya menghala ke Jalan Padang Matsirat namun kenderaan peronda polis MPV terus mengejar sehingga kenderaan yang dipandu suspek bertindak melawan arus sebelum terbabas ke dalam parit di tepi jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Ahad.
Shariman memaklumkan, suspek lelaki berusia 42 tahun dan teman wanitanya berusia 34 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan awal, pihak polis tidak menjumpai apa-apa barang salah pada suspek. Namun ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu dikesan oleh pasukan dari Bahagian Narkotik daerah Langkawi dibantu Unit Kereta Peronda (MPV) yang melakukan rondaan menerusi Ops Tapis.
“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sun Feb 20 2022
Tular rakaman video berdurasi enam saat menunjukkan sebuah kereta terbabas ke dalam parit selepas dikejar kenderaan MPV polis. (Gambar kecil: Shariman)- Foto Sinar Harian
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus
Seorang lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan berbahaya secara melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang di sini baru-baru ini.
Warga emas ditahan memandu lawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, di sini pada Isnin susulan tindakannya memandu melawan arus di 13.1J Lebuhraya Linkedua di sini, pada Ahad.
Dua lelaki lari daripada pemeriksaan polis ditahan
Polis menahan dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan kenderaan yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Kajang SILK, semalam.
Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.
Pandu lawan arus, pasangan kekasih positif dadah
Pasangan kekasih berjaya ditahan polis selepas memecut dan memandu secara melawan arus sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Padang Matsirat, pada petang Sabtu.
Polis cari pemandu kereta lawan arus
Kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu dirakam sebuah kenderaan lain dan ia tular di media sosial.
Model sambilan pandu lawan arus hingga sebabkan kematian dihukum penjara lima tahun
Mahkamah tolak rayuan wanita terbabit berikutan pihak pendakwaan dapat membuktikan setiap intipati pertuduhan ke atas tertuduh.
Polis kenal pasti identiti pemandu lawan arus di Sekinchan
Pemandu berusia 26 tahun yang beralamat di Tali Air 7 Sungai Leman itu amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Pandu lawan arus: Pegawai pemasaran didakwa sebabkan kematian di Lebuhraya Persekutuan
Tiada pengakuan direkod daripada tertuduh selepas dua pertuduhan dibaca secara berasingan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lagi kejadian pandu lawan arus di Shah Alam, lelaki 74 tahun ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki berusia 74 tahun selepas disyaki memandu dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu 4 Shah Alam.