awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2025
07:45 MYT
Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Tangkap layar video tular sebuah lori dipandu secara berbahaya. -Sinar Harian
SEREMBAN: Pemandu lori yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau di sini telah menyerah diri pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Pemandu lori yang memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Seremban-Port Dickson berhampiran SMK Mambau telah menyerah diri pada Jumaat.
  • Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas video kejadian tular di media sosial.
  • Lelaki itu ditahan bersama lorinya untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadapnya adalah negatif.

Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada jam 4.20 petang, Jumaat pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 38 saat menunjukkan sebuah lori berwarna merah dipandu dalam keadaan berbahaya.
"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.16 tengah hari dan usaha mengesan suspek telah dilakukan.
"Seorang lelaki berusia 65 tahun telah hadir sendiri ke balai polis dan mengaku sebagai pemandu lori terbabit," katanya.
Beliau berkata, lelaki itu telah ditahan bersama lorinya bagi tujuan siasatan lanjut manakala ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadapnya adalah negatif.
Bagaimanapun ujarnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#video tular
#memandu secara berbahaya
#Jalan Seremban-Port Dickson
#SMK Mambau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan