MALAYSIA
Panduan mudah guna RFID, khusus pengguna lebuh raya PLUS di wilayah utara

Bagi melancarkan penggunaannya, PLUS Malaysia menyediakan 4 panduan mudah untuk difahami. - Foto/ PLUS
SHAH ALAM: PLUS Malaysia melancarkan penggunaan teknologi RFID lebuh raya PLUS, khususnya di wilayah utara yang melakukan pembayaran tol menerusi teknologi RFID di plaza tol di Jambatan Pulau Pinang, laluan Sungai Dua-Hutan Kampung dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.
Bagi melancarkan penggunaannya, PLUS Malaysia menyediakan 4 panduan mudah untuk difahami:
#Panduan 1
Sila pastikan Tag RFID dipasang mengikut panduan yang betul, sama ada di lampu hadapan atau cermin hadapan pada bahagian kiri kenderaan untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

#Panduan 2
Sila pastikan Tag RFID didaftarkan mengikut panduan diberi untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

#Panduan 3
Pastikan anda masuk dan keluar menggunakan lorong MyRFID yang betul untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

# Panduan 4
Pastikan baki Touch ‘n Go eWallet sentiasa mencukupi untuk pembayaran tol seterusnya menikmati perjalanan yang lancar ketika melalui plaza tol.
Sila klik pautan https://tngdigital.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tambah nilai eWallet secara automatik.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di [email protected] atau hubungi 03-2714 8888 (waktu operasi 8:00 pagi-8:00 malam, Isnin-Jumaat termasuk cuti umum).
* Artikel asal disiarkan di Dagang News.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami