awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panggilan tidak berjawab rungkai kematian rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2023
07:35 MYT
Panggilan tidak berjawab rungkai kematian rakan
Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa bagaimanapun mendapati tiada sebarang unsur jenayah. -Gambar hiasan
AMPANG JAYA: Misteri panggilan tidak berjawab seorang lelaki ketika dihubungi rakannya terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sewa di Taman Muda di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, rakan mangsa kemudiannya pergi ke bilik sewa mangsa.
"Rakan mangsa kemudian mendapati bilik tersebut berkunci sebelum menghubungi pihak bomba untuk memecah pintu yang berkunci.
"Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
"Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa bagaimanapun mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Misteri panggilan tidak berjawab
#meninggal dunia dalam bilik sewa
#Taman Muda
#Hospital Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan