KUALA NERUS:Perbezaan agama dan jarak yang memisahkan ahli keluarga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah penghalang untuk meneruskan tradisi makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.
Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu Datin Norhana Ng Abdullah, 63, berkata acara itu sudah sebati dalam diri beliau dan tidak akan lupakan begitu sahaja namun kali ini, ia terpaksa disambut dengan cara yang berbeza bersama dengan enam adik-beradiknya.
"Tahun ini, kita hanya bersua muka dan bermesra melalui panggilan video sahaja. Walaupun tidak boleh berjumpa, sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu apabila melihat wajah mereka yang semuanya ceria bersama keluarga.
"Paling penting bagi saya adalah hubungan persaudaraan itu tidak terputus walau apa jua dugaan yang datang termasuk PKP yang memisahkan secara fizikal namun tidak menjejaskan kemesraan dan ingatan antara kami semua," kata beliau ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Pengkalan Maras hari ini.
Norhana, yang sudah 37 tahun memeluk agama Islam, kelihatan begitu gembira berbual melalui panggilan video dengan adik-adiknya termasuk tiga yang berada di London, United Kingdom, seorang di Filipina dan dua lagi di Kajang, Selangor.
Beliau berkata majlis makan besar di kediamannya hari ini juga sangat istimewa kerana dapat berkumpul bersama dengan tiga anaknya iaitu Nur Dini Mohamed Anuar, 25, Muhamad Faiz, 23, dan Noraishah Mohamed Anuar, 27, selain menantu, Muhamad Faris Hadi Zulkiflee, 27, dan cucu yang baru berusia tiga hari, Amelia Arissa Liyanne.
Norhana dan anak-anak perempuannya tampil cantik berpakaian sedondon baju kurung berwarna merah manakala yang lelaki memakai baju T rona sama untuk menceriakan majlis itu.
"Kebiasaannya, kami sekeluarga akan ke rumah dua adik di Kajang untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan melakukan pelbagai aktiviti seperti memasak makanan tradisional kegemaran keluarga secara bergotong-royong.
"Mereka sudah tahu apa larangan Islam yang perlu kami elak untuk makan dan itu bukan masalah besar kerana kami saling memahami dan menghormati antara satu sama lain," katanya yang sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Terengganu.
Meskipun sukar untuk berkumpul bersama dengan ketujuh-tujuh beradik secara serentak kerana faktor lokasi, Norhana berkata beliau tetap gembira kerana dapat bersama dengan dua adiknya di Kajang pada tahun-tahun sebelum ini.
"Paling seronok apabila kami di Kajang berkumpul beramai-ramai untuk buat panggilan video bersama tiga adik yang turut berkumpul di London dan seorang lagi di Filipina.
"Namun siapa sangka tahun ini kami semua terpaksa berhubung melalui kaedah itu. Semua kena duduk bersama keluarga kecil masing-masing sahaja malah tiga beradik yang berada di London juga tidak dapat berkumpul bersama hari ini kerana di sana juga ada perintah sekatan pergerakan," katanya.
Beliau berkata meskipun sedih, mereka akur serta berharap kekangan untuk berjumpa secara fizikal akan segera tamat dan dapat bertemu semua insan tersayang seperti biasa secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021

Datin Norhana Ng Abdullah bersama anak-anak dan menantu meraikan tradisi makan besar sempena Tahun Baru Cina bersama adik beradiknya yang berada di luar Terengganu menerusi panggilan video ketika ditemui di Kampung Pengkalan Maras hari ini. - BERNAMA

Pantau Kerajaan Baharu: Dilema miskin bandar, sampai bila?
Gaji RM3,000 dan mempunyai anak 4 orang. Tinggal pula di Kuala Lumpur. Ini dilema yang masih mendepani segolongan besar, mereka yang bergelar miskin bandar. Sempena Hari Wilayah, kami menelusuri isu ini, mencari penyelesaian terbaik.

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul, mampan
Al-Sultan Abdullah berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan diberikan tumpuan khusus.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Zambry bertemu lebih 80 pesuruhjaya tinggi, duta asing
Ketua-ketua perwakilan mengharapkan Malaysia akan terus aktif dalam menyuarakan setiap pendapat dan pandangan di peringkat global.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Nurul Izzah buat kejutan Tahun Baharu Cina di rumah orang tua
Acara makan besar merupakan acara kemuncak kepada Tahun Baharu Cina yang dianggap sebagai tradisi paling penting.

Ribut: Tiada makan besar, tiada 'mood' nak raya - Penduduk
Segalanya musnah dalam sekelip mata apabila rumah mereka rosak teruk akibat ribut dan 'puting beliung', petang semalam.

Elak kembung perut ketika sambut Tahun Baharu Cina
Hati-hati dengan apa yang dimakan supaya tidak alami senak atau kembung perut untuk 'shoushui', tradisi menjelang Tahun Baharu Cina.

Tahun Baharu Cina: Hadapi cabaran dengan ambil semangat lembu logam - Lee Lam Thye
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina juga, lembu mempunyai gambaran yang sangat positif dan lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan.

Makan besar: Ramai patuh SOP - Polis Pulau Pinang
Pemantauan dibuat petang Khamis bagi memastikan setiap kediaman tidak menerima tetamu lebih daripada 15 orang.

Panggilan video ketika makan besar ubati rindu antara tujuh beradik
Perbezaan agama dan jarak yang memisahkan ahli keluarga susulan pelaksanaan PKP bukanlah penghalang untuk meneruskan tradisi makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Warga emas 100 tahun pasrah sambut Tahun Baharu Cina sederhana kali ini
Selama ini, sambutan Tahun Baharu Cina meriah dengan kehadiran anak, cucu serta cicitnya, namun suasana pasti berbeza tahun ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini penjelasan, bantu pemahaman SOP Tahun Baharu Cina
Tidak jelas dengan garis panduan dan SOP Tahun Baharu Cina? Ini soalan lazim yang dapat membantu pemahaman anda.

Ahli keluarga dari rumah lain dibenarkan hadir makan besar Tahun Baharu Cina - Kementerian
Kebenaran itu bagaimanapun hanya membabitkan mereka yang tinggal dalam lingkungan radius 10 kilometer, tanpa rentas daerah dan negeri.

Makan besar: Tak berkumpul tak mengapa, asalkan keluarga selamat
Itu antara luahan sebahagian masyarakat Tionghua di Pulau Pinang yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina 12 Februari ini.