awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat kereta plat Singapura pandu lawan arus
DUNIA
Kemboja tutup dua lagi pintu sempadan dengan Thailand
MALAYSIA
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Panglima Angkatan Tentera dahului senarai penerima darjah, bintang kebesaran Kedah

Bernama
Bernama
22/06/2025
07:42 MYT
Panglima Angkatan Tentera dahului senarai penerima darjah, bintang kebesaran Kedah
Mohd Nizam dikurniakan Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan. - Bernama
ALOR SETAR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar mendahului senarai penerima darjah serta bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Aman ke-83 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Mohd Nizam dikurniakan Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan.
Dua penerima Darjah Kebesaran Orang Besar Lapan ialah Tun Zaki Tun Azmi yang membawa gelaran Datuk Seri Indera Setia dan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang membawa gelaran Datuk Seri Derma Wangsa.
Sementara itu, penerima Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan ialah Panglima Angkatan Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin dan Timbalan Panglima Tentera Laut Markas Tentera Laut Kuala Lumpur Laksamana Madya Datuk Ts Shamsuddin Ludin.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah Mohamad Yusoff Zakaria pula dikurniakan Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk.
Enam penerima dikurniakan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Pegawai Daerah Kubang Pasu Muhamad Mahazi Ibrahim, Duta Besar Malaysia Ke Bahrain Shazryll Zahiran, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Aedy Fadly Ramli, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Zainul Darus, Setiausaha Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah Ahmad Fatahi Omar dan Pengarah Eksekutif Fuji Electric Malaysia Sdn Bhd Chong Nee Hwa.
Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP) yang turut membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Asisten Ketua Staf Cawangan Logistik Kementerian Pertahanan Brigedier Jeneral Abd Hafiz Ahmad dan Pengarah Angkatan Tentera Malaysia Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol.
Empat penerima Darjah Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah Dzowahir Abdul Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan Badan Bukan Kerajaan Kedah Wong Chia Zhen, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam Azhar Ibrahim dan Tunku Putri Nur Asma Datuk Paduka Tunku Ja'afar Laksmana.
Lapan penerima pula dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (SDK), iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, Pegawai Daerah Pendang Nasrun Mohd Sheriff, Pakar Perunding Jantung dan Elektrofisiologi Hospital Sultanah Bahiyah Dr N.Kantha Rao dan Pengarah Kanan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Dr Mohd Noor Hisham Mohd Haron.
Turut menerima SDK ialah Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Kementerian Kerja Raya Ir Ahmad Shahruzi Ahmad, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Muhamad Abdullah, Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah Andrew Lim Hwa Eng dan Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Negeri Kedah Mohd Afendy Abdullah.
Sementara itu, sebanyak 34 penerima dianugerahkan pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK), Ahli Setia Pahlawan (ASP) (11 penerima), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) (24 penerima), Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) (46 penerima), Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) (empat penerima), Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) (27 penerima), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (41 penerima) dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) (22 penerima).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Keputeraan
#Sultan Kedah
#Sultan Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin
#Panglima Angkatan Tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami