Panglima TUDM dedah 20 pegawai dikesan terlibat aktiviti tidak bermoral

Muhamad Norazlan komited memastikan semua individu terbabit dibicarakan tanpa sebarang pengecualian.
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris mendedahkan 20 pegawai TUDM dikenal pasti terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral.
Ringkasan AI
- Panglima TUDM mendedahkan 20 pegawai TUDM terlibat dalam aktiviti tidak bermoral; komited untuk dibicarakan dan diadili mengikut peruntukan undang-undang Tentera Malaysia.
- TUDM menegaskan budaya tidak sihat bukan amalan dalam angkatan; tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlanggaran.
- Kementerian Pertahanan arahkan siasatan dalaman susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan dan aktiviti tidak bermoral di kem tentera; bertujuan mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.
"TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan ATM. Perlu ditegaskan, budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan bagi TUDM.
"Pihak TUDM memandang serius sebarang perlanggaran terhadap perintah, direktif dan peraturan serta tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.
"Pucuk pimpinan TUDM menzahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan diambil tindakan sewajarnya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pertahanan (Mindef) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera dan tular di media sosial.
Unit Komunikasi Strategik Mindef dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, siasatan itu bertujuan menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


