awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Bagan Lalang meriah, tapi situasi masih terkawal dan pengunjung patuh SOP

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/09/2021
06:49 MYT
Pantai Bagan Lalang meriah, tapi situasi masih terkawal dan pengunjung patuh SOP
Sebahagian pengunjung mengambil kesempatan beriadah di pantai Bagan Lalang sempena hujung minggu.
SEPANG: Jika dua hari lalu pihak berkuasa terpaksa menyuraikan orang ramai yang berkumpul di sekitar kawasan rekreasi Gombak selepas tularnya video perkelahan di Sungai Pisang seminggu lalu, keadaan berbeza dapat disaksikan di sepanjang kawasan pantai di Bagan Lalang, Sepang.
Kawasan pesisir pantai berhampiran sekitar Avani Sepang Gold Coast Resort itu didatangi pengunjung yang mahu beriadah sempena cuti hujung minggu.
Ada sebilangan mereka yang datang pada awal pagi bersama keluarga susulan pengumuman kelonggaran oleh kerajaan, yang membenarkan aktiviti riadah dilakukan di kawasan itu.
“Saya datang bersama keluarga tiba di pantai Bagan Lalang ini sekitar jam 7 pagi bersama keluarga bagi menikmati cuti hujung minggu.
“Kalau nak diikutkan, memang ramailah orang di sini tapi kita jagalah SOP, seperti jarak dan pemakaian pelitup muka,” lelas Nabil Zaquan 27 yang merupakan salah seorang pengunjung di pantai berkenaan.
Menerusi pemerhatian sepanjang kru Astro AWANI di sana, sebahagian besar daripada pengunjung akur dengan SOP yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
Hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil mudah aspek ketetapan SOP ketika melakukan aktiviti di kawasan berkenaan.
Kehadiran begitu ramai pengunjung di kawasan terbabit juga menyebabkan laluan ke arah destinasi itu agak sesak dengan kenderaan.
Bagaimanapun, ia masih terkawal dengan kenderaan kereta peronda polis yang kelihatan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#pelitup muka
#penjarakan sosial
#Sepang
#SOP
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan