BERITA baik terus berkumandang dari venue powerlifting Sukan Para Malaysia (Para Sukma) MSN 2022 apabila atlet Sarawak, Bryan Junency Gustin, memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori bawah 80 kilogram dengan angkatan seberat 180 kilogram semalam.
Ia menyaksikan abang kepada jaguh powerlifting negara, Bonny Bunyau Gustin, itu memenangi pingat emas dengan memperbaharui rekod 167 kilogram yang dilakukan atlet Kelantan, Mat Hussein Mat Nor, dalam edisi di Perak pada 2018.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syen Yeoh, Bryan Junency berkata: "Perasaan saya amat gembira hari ini kerana dapat memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Mat Hussein.
"Saya mencuba untuk melakukan angkatan 185kg tetapi ia agak terlalu berat.
"Sebelum acara hari ini, saya tidak memikirkan apa-apa, fikiran saya macam kosong, cuma memikirkan diri saya dengan besi sahaja.
"Selepas ini, saya akan pulang dan berehat untuk bersedia menghadapi kejohanan yang lebih besar tahun depan," katanya.
Sebagai rekod, seorang lagi atlet Sarawak, Azlan Mos, turut memecahkan rekod kebangsaan bagi acara B-59kg pada Khamis.
Astro Arena
Fri Nov 04 2022
Bryan Junency (kiri) memaklumkan kepada Syen Yeoh (kanan), dia amat gembira kerana dapat memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Mat Hussein. - Foto Astro ARENA
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
'Forgive me' status terakhir atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata
Muhammad Ata Maarof sempat memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden kebakaran pada Sabtu.