MALAYSIA
Parang, kayu, besi, buluh paip jadi hidangan bomba

Mohammad Hamdan (kiri) dan Mohd Hazim ketika sidang media di IJN petang tadi. - BERNAMA
Parang, kayu, besi dan buluh paip menjadi antara peralatan yang dilempar perusuh kepada anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid menegaskan, tindakan itu sekaligus menggambarkan situasi sebenar apa yang dihadapi kesemua lapan anggota JBPM pada awal pagi Selasa lalu.
"Apabila sampai di lokasi, pemandu EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) itu menyatakan bahawa, parang, kayu, besi, buluh paip dan sebagainya menghentam pintu sebelah dia.
"Kalau itu yang dikatakan sebagai satu sambutan hospitaliti yang baik, tuan-tuan boleh menilainya," katanya dalam satu sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.
"Semasa kita tiba di tempat kejadian, tugas saya sebagai anggota bomba, saya akan turun daripada jentera dan terus pergi ke locker yang simpan salur bantu mula (hose reel).
"Kalau kita tengok, kebakaran itu di sebelah kiri, saya akan tuju ke locker di sebelah kiri dan cuba untuk memadam, tapi sebelum sempat keluar, kami sudah diserang perusuh. Saya ambil tindakan selamat kerana merasakan nyawa lagi penting.
"Selepas saya masuk ke dalam EMRS, saya tutup pintu dan saya tidak tahu keadaan luar. Memang waktu itu keadaan kelam-kabut dan saya pun panik," jelas Mohd Hazim.
Beliau juga akui, pintu EMRS itu turut tercabut dan kini ia yang menjadi sebahagian bahan bukti berada di Balai Polis Subang Jaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami