awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air naik di beberapa sungai di lima negeri

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2022
23:50 MYT
Paras air naik di beberapa sungai di lima negeri
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kelihatan melakukan tinjauan ke atas paras air di sebatang sungai. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa sungai utama di lima negeri iaitu Pahang, Johor, Selangor, Sarawak dan Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan paras air selepas hujan lebat melanda sejak petang semalam.
Menurut laman web Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 6.30 pagi ini, sebatang sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Linggi di Negeri Sembilan.
Pada masa sama, enam batang sungai lagi melepasi paras amaran iaitu empat di Sarawak serta masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Johor.
Bagi sungai yang melepasi paras amaran di Sarawak, tiga daripadanya terletak di kawasan Sibu dan satu di Kapit.
Satu lagi sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Lenik di Segamat, Johor.
Sementara itu, sebanyak 17 batang sungai lagi berada pada paras waspada iaitu di Sarawak (10), Johor (tujuh), Negeri Sembilan (empat), Selangor (tiga) dan Pahang (satu).
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#Sungai Linggi
#air sungai naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan