awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air sungai di Terengganu meningkat - JPS

Bernama
Bernama
05/11/2018
16:46 MYT
Paras air sungai di Terengganu meningkat - JPS
GAMBAR FAIL: Seorang penduduk menyelamatkan keluarganya ke pusat pemindahan dengan sampan setelah rumah mereka dinaiki air di Kampung Kuala Ping, Disember tahun lalu. - BERNAMA
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka berlaku esok di daerah Hulu Terengganu dan Setiu.
Situasi itu dijangka berlaku ekoran peningkatan paras air sungai di daerah tersebut bermula 10 malam esok selepas ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menjangkakan hujan akan berterusan di negeri ini sehingga 7 Nov ini.
Menurut kenyataan itu lagi di daerah Hulu Terengganu, sungai yang dijangka mengalami peningkatan paras air ialah Sungai Telemong dan Sungai Nerus di daerah Setiu.
Susulan itu penduduk di kawasan sekitar kawasan sungai diminta berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir yang berhampiran.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, JMM turut memaklumkan sehingga pukul 3 petang tadi beberapa buah sungai di daerah Setiu sudah mencapai paras bahaya, waspada dan amaran berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Sungai yang berada di paras bahaya ialah Sungai Chalok, manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Bukit berada di paras waspada dan Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras amaran.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, atau layari facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran banjir
#Hulu Terengganu
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#JPS
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan