awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco

Bernama
Bernama
11/07/2024
08:12 MYT
Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Mohammad Nizar berkata ketetapan berhubung pelaksanaan itu dipersetujui dalam mesyuarat pada 4 Julai lepas. - Foto Bernama
IPOH: Operasi Pembenihan Awan (OPA) bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ketetapan berhubung pelaksanaan itu dipersetujui dalam mesyuarat pada 4 Julai lepas antara jabatan serta agensi berkaitan di peringkat pusat dan negeri.
"Mesyuarat itu melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan sebagainya.
"Semua pihak bersetuju melaksanakan OPA namun perkara ini masih di peringkat pelarasan oleh pihak NADMA," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada 9 Julai lepas, NADMA dalam satu kenyataan memaklumkan Empangan Bukit Merah dan Empangan Muda di Kedah menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya iaitu masing-masing 19.97 peratus dan 18.37 peratus.
Mohammad Nizar berkata fenomena yang berlaku di empangan berkenaan adalah yang terburuk direkodkan sejak empat tahun lepas berpunca fenomenan El-Nino yang melanda negara sejak 2023 hingga Mei lepas.
"Buat masa ini paras air mencecah 6.09 meter iaitu terpaksa dilaksanakan Aras Henti Bekalan Pengairan bermula hujung Jun lepas. Ini bermakna catuan serta penutupan bekalan pengairan berlaku selama 13 hari berturut-turut sehingga hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi pembenihan awan
#Empangan Bukit Merah
#cecah tahap terburuk
#Mohammad Nizar Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan