awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras Sungai Muda turun mendadak, Pulau Pinang berisiko hadapi gangguan bekalan air

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/05/2023
04:52 MYT
Paras Sungai Muda turun mendadak, Pulau Pinang berisiko hadapi gangguan bekalan air
PBAPP tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda turun mendadak. - Gambar/ Astro AWANI
GEORGE TOWN: Paras Sungai Muda yang direkodkan di muka sauk Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Lahar Tiang Seberang Perai pada jam 5 pagi tadi didapati turun mendadak di bawah satu meter (m).
PBAPP dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keadaan itu boleh menyebabkan gangguan bekalan air di Pulau Pinang.
Sehingga kini, PBAPP tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda turun mendadak.
"Pada pukul 5 pagi hari ini, paras Sungai Muda turun mendadak di bawah satu meter di muka sauk PBAPP di Lahar Tiang Seberang Perai.
"Sehingga kini, PBAPP tidak mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan paras Sungai Muda menurun yang boleh menyebabkan gangguan bekalan air di negeri ini," katanya.
Untuk mengatasi keadaan itu, PBAPP akan menyalurkan air dari Empangan Mengkuang untuk digunakan di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
PBAPP berkata, akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) selain mengemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#paras sungai muda
#gangguan bekalan air
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan