awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras tiga sungai di Selangor melepasi paras amaran

Bernama
Bernama
13/11/2012
00:24 MYT
Paras tiga sungai di Selangor melepasi paras amaran
Hujan di Selangor menyebabkan paras air di tiga sungai utamanya melebihi paras amaran.
Sungai Langat di Batu 12, Hulu Langat mencatatkan bacaan 4.15 meter, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat mencatatkan 4.09 meter manakala Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor mencatatkan 3.89 meter setakat 9.30 malam.
Berikutan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan berkenaan supaya sentiasa berwaspada.
Menurut portal JPS, paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat di Johor juga melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 5.64 meter.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,357 orang dengan 345 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, satu di Kuala Selangor dan dua di Sepang.
Seramai 26 mangsa di Perak pula ditempatkan di pusat pemindahan di Manjung, 138 mangsa di Johor ditempatkan di pusat pemindahan Batu Pahat manakala 84 orang mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Jasin.
Topic Berkaitan
#banjir
#Hulu Langat
#Kuala Lumpur
#paras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan