Seramai 45,550 daripada 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam telah membuat bayaran balik melibatkan amaun sebanyak RM239.44 juta, sehingga 31 Okt lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata tindakan menyenarai hitam peminjam tidak dibuat sewenang-wenangnya dan ia adalah langkah terakhir selepas peminjam gagal membuat bayaran balik dan tampil berunding.
"Tindakan senarai hitam dibuat selepas lima notis peringatan dihantar kepada peminjam atau 16 bulan selepas tamat pengajian," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Yap berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hasan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai bebanan dan implikasi yang ditanggung oleh peminjam PTPTN sekiranya gagal menjelaskan pinjaman berkenaan.
Beliau berkata antara implikasi yang akan ditanggung peminjam ialah langkah menyenarai hitam di Jabatan Imigresen dan saman serta pelbagai langkah peringatan lain.
Mengenai peminjam yang masih menganggur, beliau berkata kementerian memberi penangguhan pembayaran semula selama dua tahun dan mereka perlu tampil ke PTPTN untuk proses rundingan.
Bernama
Mon Nov 25 2013
Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi
Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Pulau Aman dijadikan Kampung Angkat Madani JPA dengan peruntukan RM2.5 juta
Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Kampung Angkat Madani kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pulau Aman.
Tawaran jet pejuang KAAN Turki untuk tingkat pertahanan udara Malaysia
Turki sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam projek pertahanan untuk kepentingan kedua-dua negara dan bersedia menawarkan jet pejuang generasi kelimanya, 'KAAN.'
Jenayah: Polis tumpaskan sindiket dadah utara Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis turut menahan seorang nelayan berusia 41 tahun dan pembantu kedai makan berusia 47 tahun bersama dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM262,000.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.
Perdana Menteri dijadual bertemu Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mesyuarat dalam talian bersama syarikat gergasi teknologi Google pada Isnin.
[TERKINI] Integriti perlu setimpal dengan pengiktirafan kerajaan
Penjawat awam yang tidak berintegriti tidak akan dilayan dengan cara yang sama oleh kerajaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi lengkap kemudahan, doktor pakar
Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong berkata, pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang disenarai hitam
Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan.
Syarikat produksi gagal jelaskan tuntutan geran Finas bakal disenarai hitam
Individu dan syarikat produksi yang gagal menjelaskan semula tuntutan dana geran Finas akan disenaraihitamkan daripada menerima sebarang bantuan agensi itu pada masa akan datang.
Juruteknik rugi RM470,000 diperdaya 'wakil LHDN'
Mangsa diarahkan untuk memberikan maklumat kesemua akaun bank yang ada berserta kata laluan dan nombor pada kad mesin juruwang automatik (ATM).
Sembilan syarikat disenarai hitam terlibat penyelewengan AP kenderaan
Kementerian ini sejak 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala, bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan.
Lebih 84,000 bakal disenarai hitam JPJ
Sejumlah 39,358 pesalah lalu lintas telah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap bagi tempoh November hingga Disember 2018.
Syarikat sokong perhimpunan haram disenarai hitam serta-merta
Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) diarah untuk menyemak latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka.
Parlimen: 45,550 peminjam PTPTN sudah buat bayaran balik
Seramai 45,550 daripada 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam telah membuat bayaran balik.