KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada latihan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutama di peringkat tertinggi untuk memastikan pengukuhan serta peningkatan pelaburan asing ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, kecerdasan buatan (AI) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tertinggi.
"Kita mampu melakukan kalau kita memberi tumpuan dan peruntukan tambahan sepenuhnya (terhadap latihan dalam bidang STEM)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang antaranya ingin tahu langkah kerajaan untuk memastikan momentum pelaburan yang diperoleh tahun lepas iaitu sebanyak RM329.5 bilion terus meningkat pada tahun yang mendatang.
Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui bahawa minat golongan pelajar dalam STEM juga merosot dan perkara itu amat membimbangkan.
Bagaimanapun Anwar berkata Kementerian Pendidikan serta beberapa kumpulan pendidikan lain telah mengambil pelbagai langkah untuk menggesa ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak mereka menceburi pendidikan STEM di peringkat sekolah menengah.
"Ini sedang diusahakan secara lebih serius lagi," kata Perdana Menteri.
Anwar berkata selain itu dalam semua perjumpaannya dengan syarikat asing yang berhasrat melabur di Malaysia, beliau sentiasa menekankan kepentingan kewujudan pusat kecemerlangan berkaitan syarikat itu di negara ini bagi menyediakan latihan kemahiran kepada golongan profesional serta pelajar tempatan.
"Mesti ada latihan di sini kerana kita sekarang memang kekurangan jurutera. Jurutera yang kita lahirkan walaupun baik dan diterima baik, masih dianggap ada kekurangan di peringkat yang tertinggi, (dari segi) kemahiran atau ketrampilan peringkat tertinggi.
"Jadi ada jurang tentang niche (bidang) yang diperlukan. Oleh itu penumpuan kepada TVET dan kejuruteraan ini (perlu) diberikan (perhatian)... kalau Malaysia tidak lakukan apa-apa yang segera, yang mendesak, kita akan kerugian.
"Ini kerana tumpuan sekarang bukan lagi low-end industry tetapi high-end industry yang memerlukan kecekapan yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang," kata Perdana Menteri.
Katanya beliau telah meminta pihak universiti mengadakan Fakulti AI (kecerdasan buatan), dimulakan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang harus menyelaras kegiatan mereka dengan semua universiti yang menjalankan AI bagi memenuhi sebahagian keperluan dalam bidang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi. -Foto Japen
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.