SUNGAI PETANI: Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ketika beliau mula menjadi Ahli Parlimen kira-kira 15 tahun lepas, Parlimen dilihat seolah-olah sebagai sebuah "mahligai" yang terasing daripada masyarakat negara ini.
"Masyarakat khususnya di luar bandar, tidak tahu apa peranan Parlimen...Parlimen dilihat sebagai tempat Ahli Parlimen bersidang, bergaduh, bertepuk meja, bertengkar, maki hamun...sedangkan Parlimen adalah tempat yang mulia, buat undang-undang.
"Parlimen Malaysia tidak boleh renggang daripada rakyat..apa juga keputusan dalam Parlimen bukan sahaja sampai kepada pemerintah tetapi juga perlu sampai ke bawah...sebab itu rakyat perlu tahu peranan sebenar Parlimen," katanya semasa berucap pada Majlis Menuju Ambang Ramadan Bersama Rakyat, Asnaf dan Anak Yatim kawasan Parlimen Sungai Petani di sebuah hotel di sini, hari ini.
Beliau berkata siaran langsung persidangan Dewan Rakyat contohnya dapat memberikan pendedahan kepada rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku di Parlimen dan peranan yang dimainkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
"Rakyat boleh menilai, kita tidak mahu rakyat cuma menilai prestasi Ahli Parlimen itu, lima tahun sekali sebelum pilihan raya, tetapi kita nak lihat sama ada wakil rakyat kita bercakap bagi pihak kita dalam hal-hal yang kita nak dia bercakap.
"(Sebagai contoh) tentang harga barang, tentang hal-hal keselamatan di tempat kita, tentang pendidikan, tentang perniagaan, tentang beras, ayam, tentang macam-macam yang kita lalui kesusahan, wakil rakyat kita mesti bercakap di Parlimen," katanya.
Sementara itu, beliau berkata barisan kepimpinan negara yang ada ketika ini akan digantikan dengan barisan kepimpinan muda pada masa hadapan.
"Saya berjumpa dengan ribuan anak muda di universiti...antara yang saya sampaikan khususnya untuk anak-anak muda ini bahawa negara ini milik kita semua...saya akan tinggalkan semua ini kelak dan perlu ada pengganti yang lebih baik daripada saya untuk memainkan peranan ini.
"Kita beri mereka semangat supaya mereka bersedia bukan sahaja fizikal tetapi juga mental...bila tiba masanya untuk mereka terus memerintah negara, perintah dengan sikap yang betul, niat yang betul untuk menolong rakyat dan membangunkan negara yang amat kita sayangi ini," katanya.
Terdahulu beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Kanak-kanak Insan Berkat, Kampung Sungai Jagung dekat sini manakala 300 asnaf dari kawasan Parlimen Sungai Petani, menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.
Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Johari berkata ketika beliau mula menjadi Ahli Parlimen kira-kira 15 tahun lepas, Parlimen dilihat seolah-olah sebagai sebuah "mahligai" yang terasing daripada masyarakat negara ini. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.