KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia akan menerbitkan edisi terbaru majalah berbasikal yang pernah diterbitkan sejak tahun 2013, seiring dengan trend aktiviti berbasikal yang semakin menarik minat rakyat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, edisi baharu buku panduan itu dirancang diterbitkan pada tahun hadapan dan turut meliputi elemen aktiviti berbasikal yang lebih menarik dan mesra alam sekitar.
Menurutnya, beberapa edisi majalah berbasikal “Discover Malaysia by Bicycle” pernah diterbitkan sebelum ini, membekalkan maklumat kira-kira 100 pakej berbasikal di pelbagai destinasi dalam Malaysia.
“Antara pakej berbasikal lain yang dirancang untuk dibangunkan adalah pakej berbasikal di Sematan dan Lundu di Sarawak, kawasan agro-pelancongan Sekinchan, Selangor dan juga meneroka potensi di sepanjang pesisir pantai di negeri Terengganu.
“Aktiviti yang dirancang ini juga akan turut melibatkan pelancongan berasaskan komuniti bagi membuka peluang yang lebih luas kepada lebih banyak pihak dalam rantaian pelancongan ini.
“Selain untuk memastikan pembangunan produk pelancongan yang mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pelancongan Negara, usaha ini juga adalah selaras dengan salah satu strategi yang digariskan dalam Dasar Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS - Batang Lupar) yang bertanya integrasi minta orang ramai terhadap rekreasi namun dalam masa sama menjaga alam sekitar.
Tambah Nancy, mengintegrasikan pelan pengurusan pelancongan dan pelan pengurusan hutan simpan menjadi antara ramuan utama dalam menyediakan garis panduan dan amalan terbaik untuk pembangunan penginapan eko-pelancongan di dalam kawasan hutan simpan atau taman negara.
“Program promosi akan terus giat dilaksanakan secara berterusan bagi menarik minat pelancong untuk menikmati khazanah alam sekitar melalui aktiviti sukan dan rekreasi, pendakian serta aktiviti berbasikal.
“Pada masa yang sama, memupuk kesedaran masyarakat kepada kepentingan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Dec 09 2021

Menurut Nancy, beberapa edisi majalah berbasikal -Discover Malaysia by Bicycle- pernah diterbitkan sebelum ini. - Foto JAPEN Malaysia

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

Parlimen Somalia pilih Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baharu
Mohamud merupakan pencabar terdekat Mohamed, memenangi 214 daripada 327 undi.

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya, Mohamad Sabu.

Menempuh cabaran! Tiga jejaka Indonesia ini nekad mahu ke Mekah dengan berbasikal
Trio sahabat ini memberanikan diri untuk menempuh perjalanan jauh ke Mekah dengan berbasikal dan kelengkapan seadanya.

Azizulhasni teruskan misi emas Paris 2024 selepas jalani pembedahan jantung
Misinya untuk memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024 akan tetap diteruskan demi negara.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023
Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2023, yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai.

Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.

Dirempuh lori ketika berbasikal, saintis kelahiran Malaysia di Universiti Oxford meninggal dunia
Saintis kelahiran Malaysia Dr Ling Felce (Wong Suet Ling), 35, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, minggu lalu.

Pemenang tujuh emas Sukan Olimpik, Jason Kenny, pilih bersara daripada berbasikal
Kenny bersetuju untuk menerima peranan baru dalam British Cycling, sekali gus menamatkan karier gemilangnya selaku atlet.

PKBM harap KBS ambil langkah drastik selesai isu LTdL 2022
Ia bagi memastikan status "Pro Series" LTdL 2022 tidak ditarik balik oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.

Kayuhan pertama Siti Nur Alia di Sepanyol Mac ini
Siti Nur Alia memaklumkan beliau akan diperkenalkan sebagai pelumba baharu pada Sabtu ini.

Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.