KUALA LUMPUR: Proses domestik untuk melengkapkan ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) memerlukan pindaan ke atas tiga akta bagi memastikan akta tersebut sejajar dengan obligasi negara di bawah Perjanjian RCEP.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata draf pindaan akta tersebut sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara dan setelah pindaan tersebut diluluskan, Malaysia akan menyerahkan surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN.
"Sebagaimana yang termaktub di dalam Perenggan 3 Artikel 20.6 Perjanjian RCEP, 60 hari selepas tarikh surat cara ratifikasi dihantar kepada Sekretariat ASEAN, Perjanjian RCEP akan berkuatkuasa ke atas Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang ingin mengetahui status penyertaan Malaysia dalam RCEP memandangkan ia akan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Januari 2022.
"Ia akan dibentangkan di Parlimen pada Disember ini selepas diteliti untuk mendapat persetujuan dewan sebelum Malaysia mengemukakan surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN dan inilah komitmen kerajaan untuk meratifikasikan perjanjian RCEP selewat-lewatnya pada akhir tahun ini," katanya.
Katanya berdasarkan penilaian Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), nilai eksport negara dijangka akan bertambah sebanyak RM44 bilion setahun apabila RCEP berkuatkuasa.
"Sehingga 2 November ini, 10 negara anggota iaitu Singapura, China, Jepun, Brunei, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, New Zealand dan Australia telah meratifikasi Perjanjian RCEP.
"Berikutan perkembangan ini, negara anggota RCEP telah melengkapkan syarat minimum ratifikasi dan dengan ini tarikh mula berkuatkuasanya Perjanjian RCEP adalah pada 1 Januari 2022," katanya.
Bagaimanapun, Azmin berkata penguatkuasaan ini hanya terpakai ke atas 10 negara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."