Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berdepan kesukaran untuk bertapak kukuh di negara ini.
Ini kerana keahlian parti tersebut yang hanya terbuka kepada golongan bumiputera sementara golongan bukan bumiputera hanya boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.
Jelas Tengku Razaleigh, ia mungkin akan menyukarkan parti baharu anjuran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk mendapat sokongan menyeluruh rakyat Malaysia memandangkan hak mengundi atau bertanding mana-mana jawatan dalam parti tidak diberikan kepada ahli bersekutu.
"Lebih-lebih lagi golongan muda sekarang yang lebih terdedah selain berilmu, berpendidikan dan lebih terbuka daripada pemikiran cara lama.
"Jadi bila ahli bersekutu tidak boleh menentu arah tuju parti, nampak susah untuk tarik mereka bersama," katanya selepas melancarkan Pameran Warisan Budaya Artifak Melayu dan China di Muzium Kesenian Asia, Universiti Malaya hari ini.
BACA: Parti Bersatu nafi edar borang keahlian
BACA: Muhyiddin daftar parti Bersatu
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata penubuhan Bersatu berbeza dengan Semangat 46 sebagai platform untuk mengelak ahli UMNO lama tidak menyertai parti lain setelah UMNO lama diharamkan dan tidak dibenar menyertai UMNO Baru yang juga ditubuhkan Dr Mahathir.
Pada masa sama, Semangat 46 mempunyai asas kuat untuk membentuk organisasi yang menyakinkan serta menubuhkan bahagian dan cawangan
Sementara parti Bersatu kata Tengku Razaleigh, perlu bermula dari sifar dan nyata lebih sukar, ditambah senario semasa pembangkang yang gagal menambat hati rakyat kerana sering bertelagah dan berpecah.
Begitupun, beliau percaya pengaruh dan kedudukan Dr Mahathir mampu menjadi faktor penarik orang ramai untuk menyertai parti itu.
Namun tegasnya, pihak kerajaan juga akan menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk menyekat rakyat daripada bersama pihak pembangkang.
Tengku Razaleigh pada masa sama menyatakan kesetiaannya kepada UMNO, menafikan mendapat sebarang tawaran menyertai parti itu.
"Saya tak nampak apa silapnya (menjadi ahli UMNO). Kalau saya lihat ada kesilapan, saya akan ajukan cadangan dan idea dari dalam parti.
"Namun, ia juga tidak bermakna saya menerima segalanya yang berlaku dalam parti," maklumnya.
Israr Khalid
Thu Aug 11 2016
KU LI: Parti Bersatu perlu bermula dari sifar dan nyata lebih sukar, ditambah senario semasa pembangkang yang gagal menambat hati rakyat kerana sering bertelagah dan berpecah. -Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin
Keputusan rasmi akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.
Peguam Negara bantah semakan kehakiman beku akaun Bersatu
Peguam Negara mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi, terhadap permohonan Parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung tindakan pembekuan akaun bank itu
AMK Perak buat laporan polis terhadap Ahmad Faizal
AMK Perak membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Bersatu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Willie Mongin sahkan mohon jadi ahli parti komponen GPS
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin hari ini mengesahkan bahawa beliau telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kerajaan perlu lakukan langkah komprehensif tangani isu kenaikan barang - MPT Bersatu
Kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga, dan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi, kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Keputusan permohonan Zuraida sertai PBM diumum selepas 7 Jun - Presiden PBM
Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai PBM akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah beliau kembali dari luar negara.
32 ahli Bersatu Maran umum keluar parti, sertai UMNO
Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran bertindak keluar parti dan menyertai UMNO akibat hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.
Dr Roland Chia ketuai Sayap Bersekutu Bersatu Sabah
Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dilantik sebagai Ketua Penaja Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah berkuat kuasa 14 Oktober 2021.
Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.