awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
19/11/2023
01:45 MYT
Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian parti itu dibuat lebih awal daripada tempoh penangguhan 18 bulan seperti diputuskan sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian parti itu dibuat lebih awal daripada tempoh penangguhan 18 bulan seperti diputuskan sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, keputusan rasmi mengenai perkara itu akan ditetapkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung bersekali dengan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu ke-6 bermula Khamis ini.
“Sekarang ini pilihan raya negeri (PRN) telah selesai. Cuma parti belum buat keputusan bila tarikh sebenar (pemilihan parti) akan dibuat.
“Kalau diikutkan tempoh 18 bulan daripada penangguhan sepatutnya (pemilihan) diadakan pada Mei atau Jun 2025. Tapi saya tidak fikir sejauh itu (penangguhan).
“Kalau sudah bersedia selepas PAT ke-6 ini kita akan tetapkan tarikh supaya pemilihan diadakan secepat segera. Mungkin akan dibuat tahun depan. Keputusan akan dibuat oleh MPT. Insya-ALLAH,” katanya.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Mei lalu memaklumkan parti itu memutuskan untuk menangguhkan pemilihan MPT dan bahagian dalam tempoh tidak melebihi 18 bulan.
Menurut Hamzah, penangguhan tersebut dibuat bagi membolehkan parti berkenaan memberi tumpuan dan persediaan menghadapi PRN di enam negeri.
Namun katanya, penangguhan berkenaan tidak bersekali dengan pemilihan di peringkat cawangan.
PAT Bersatu ke-6 dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 25 November ini bertempat di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan