awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti KITA berhasrat letak calon di seluruh negara

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2013
01:32 MYT
Parti KITA berhasrat letak calon di seluruh negara
Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) berhasrat meletakkan calon di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Bagaimanapun ia akan dibuat selepas mendapat keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status kepimpinan parti itu.
Dalam satu kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Astro Awani, pemimpin KITA, Zamil Ibrahim menjelaskan, mereka akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.
Zamil menjelaskan parti KITA tidak akan meletakkan calon di kawasan yang melibatkan pertandingan antara Umno dan Pas.
Alasan yang diberikan, sebagai parti berbilang kaum, KITA lebih sesuai bertanding di kerusi campuran berbanding kawasan majoriti Melayu.
Pada 2008, DAP bertanding di 47 kerusi Parlimen dan memenangi 28 kerusi manakala PKR bertanding 97 Parlimen dan menang 31 kerusi.
Namun ketika Kongres DAP Disember lepas, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng meminta supaya DAP diberikan 13 kerusi tambahan kerana komited dengan Pakatan Rakyat./
Parti KITA mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat, iaitu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Bee Beng./
Tee Beng memenangi kerusi parlimen berkenaan atas tiket PKR pada PRU 12 sebelum memutuskan untuk meninggalkan parti tersebut.
Topic Berkaitan
#parti kita
#PRU 13
#Zamil Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan