NEW DELHI: Parti politik India telah memperhebatkan program besar-besaran untuk mendekati pengundi ketika negara itu bersiap sedia untuk mengadakan pusingan pertama pilihan raya parlimen pada Jumaat.
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, yang berkuasa sejak 2014, berucap pada perhimpunan di negeri-negeri timur laut Assam dan Tripura pada Rabu.
Modi, yang berharap untuk kembali berkuasa bagi penggal ketiga untuk tempoh lima tahun, berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pemimpin kanan BJP dan Menteri Pertahanan Rajnath Singh berkempen di negeri Kerala, iaitu pengundian akan diadakan untuk semua 20 kerusi Lok Sabha atau Dewan Rakyat India, pada 26 April.
Berucap pada perhimpunan pilihan raya di Assam, Ketua Menteri Bengal Barat Mamata Banerjee, yang mengetuai parti Kongres Trinamool, mengkritik Akta Pindaan Kewarganegaraan yang kontroversi, iaitu menawarkan kewarganegaraan India kepada bukan Islam dari Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan.
Sementara itu, pemimpin pembangkang terkemuka Rahul Gandhi, yang parti Kongresnya merupakan sebahagian daripada Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India (INDIA), berjanji pada Rabu bahawa semua graduan akan dijamin perantisan berbayar selama satu tahun.
Beliau mengadakan sidang media di bandar Ghaziabad berhampiran New Delhi dengan ketua parti Samajwadi Akhilesh Yadav, yang partinya berpengaruh di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk yang menyumbang 80 kerusi dalam Lok Sabha, untuk mengukuhkan perpaduan pembangkang.
Rahul mengadakan dua perhimpunan di negeri selatan Karnataka manakala kakaknya Priyanka Gandhi berkempen di Uttar Pradesh.
Pengundian fasa pertama akan meliputi 102 daripada 543 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan di 21 negeri dan wilayah kesatuan.
Negeri selatan Tamil Nadu akan menyaksikan pengundian di semua 39 kawasan Lok Sabha pada Jumaat.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata bulan lalu ia telah "meninjau keadaan di Manipur dan telah menyatakan bahawa sejumlah besar pengundi yang didaftarkan di pelbagai kawasan pilihan raya Manipur telah dipindahkan dari tempat asal mereka" semasa konflik.
Selain pilihan raya parlimen kebangsaan, pengundi di negeri timur laut Sikkim dan Arunachal Pradesh juga akan memilih dewan undangan negeri mereka pada Jumaat.
Pilihan raya umum tujuh fasa India akan berakhir pada 1 Jun dan pengiraan undi akan diadakan pada 4 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Narendra Modi ketika berucap pada kempen pilihan raya di Agartala, India, 17 Apr 2024. REUTERS
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM India Narendra Modi bertanding di kerusi Parlimen Varanasi
Pengundian akan diadakan di Varanasi pada 1 Jun dalam fasa terakhir pilihan raya umum yang berlangsung selama tujuh minggu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Estonia benar undi melalui telefon bimbit
Rakyat Estonia akan dapat mengundi dalam pilihan raya melalui telefon bimbit selepas Parlimen di Tallinn meluluskan rang undang-undang baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.