Pas mendesak agar Yang Dipertua Negeri Melaka melucutkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Saminathan Ganesan sebagai exco kerajaan negeri.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri juga mendesak Sultan Perak melucutkan jawatan exco kerajaan Perak yang disandang ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.
Desakan ini dibuat ekoran Saminathan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Tambah Mohd Khairuddin, jawatan Paul Yong pula perlu dilucutkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.
"Oleh itu, selaras dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa seseorang Ahli EXCO Kerajaan Negeri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri, maka saya menyeru Yang Dipertua Negeri Melaka melucutkan jawatan YB Saminathan sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi menjaga imej baik dan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
"Atas hujah sama, saya menyeru Sultan Perak melucutkan jawatan Paul Yong Choo Kiong, yang dituduh merogol pembantu rumah warga Indonesia Julai lalu, sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Perak, bagi menjaga imej baik dan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, 60, ADUN Gadek, G. Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) S. Chandru, 38, masing-masing berdepan satu pertuduhan dibawah seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, manakala Saminathan turut berdepan satu pertuduhan lain mengikut seksyen 130JB(1)(a) kanun yang sama.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh ketiga-tiga tertuduh sejurus empat pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut tiga pertuduhan berasingan dibawah seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Taman Ayer Keroh Heights di sini sekitar 8.30 malam hingga 10.50 malam 28 November lalu.
Saminathan yang juga Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka turut berdepan satu pertuduhan berasingan kerana memiliki item-item berunsur perbuatan keganasan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri, di sini sekitar 10.25 pagi, 10 Oktober 2019 lalu.
Manakala Paul Yong dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia Julai lalu.
ADUN Tronoh itu didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Astro Awani
Tue Oct 29 2019
Desakan ini dibuat ekoran Saminathan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). - Gambar fail
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pas desak jawatan Saminathan dan Paul Yong dilucutkan
Desakan itu dibuat ekoran dua exco itu kini berdepan tuduhan di mahkamah.