Esok (Rabu) adalah hari yang dinantikan banyak pihak untuk melihat sama ada pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan dibentangkan kerajaan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu mendapat sokongan padu anggota DUN.
Pemerhati politik menjangkakan bahawa pembentangan pindaan hukum hudud itu pada sidang DUN kali ini akan diluluskan dengan mudah, tambahan pula rang undang-undang persendirian itu diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 2015 di Kompleks Kota Darulnaim semalam, baginda berharap rang undang-undang itu atau hukum hudud memperoleh kejayaan dan mendapat sokongan semua pihak.
Antara sokongan dan perjuangan
Antara sokongan rakan pakatan dan perjuangan parti, manakah yang menjadi keutamaan buat PAS?
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata PAS dilihat lebih memilih syariah Islam daripada sokongan sekutu dalam pakatan pembangkang.
"Bagaimanapun, PAS masih mengharapkan sokongan pengundi rakan mereka tetapi mereka melihat isu hudud adalah hak mereka. Kalau mereka takut kehilangan undi, PAS sejak awal lagi menangguhkan hukum hudud," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata PAS menjalin kerjasama dengan DAP sejak 1999 manakala isu hukum hudud berbangkit sejak 1993. Namun, sehingga kini DAP masih tidak dapat menerima hukum hudud.
"Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan tahaluf siyasi (antara PAS-DAP)," katanya.
Mohd Izani berkata tiada keperluan untuk PAS menangguhkan pelaksanaan hukum hudud meskipun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya.
"Apabila PAS bertegas untuk laksanakan hudud, parti itu telah memikirkan risiko sokongan terhadap mereka," katanya.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini dilapor sebagai berkata PKR menyifatkan hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui parti pakatan.
Berjayakah peroleh sokongan?
Pensyarah UPM itu berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu yakin akan mendapat sokongan tidak berbelah-bahagi di peringkat DUN.
"Keadaan akan (menjadi) lebih menarik apabila perbahasan diadakan di peringkat Parlimen nanti," katanya.
PAS kini dilihat bersendirian dalam isu hukum hudud, yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini selepas gagal 'menambat hati' dua rakan sekutunya PKR dan DAP untuk memberi ruang, peluang dan sokongan kepada PAS.
Berjayakah PAS meraih sokongan kesemua 132 anggota Parlimen yang beragama Islam terhadap pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan?
Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri melaksanakan kanun jenayah syariah itu manakala kerajaan persekutuan akan membawa pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah tersebut yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah.
Mohd Izani berkata PAS dijangka mendapat sokongan daripada UMNO di Parlimen, namun dalam masa yang sama konflik dalaman pakatan pembangkang akan lebih membarah lantaran keengganan kedua-dua rakan sekutunya memberikan sokongan.
"PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan isunya PAS mungkin akan disingkirkan oleh DAP dan PKR. DAP dan PKR perlu berhati-hati jika mahu singkirkan PAS kerana mereka masih perlukan parti itu untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang akan berpecah namun berpandangan tidak mustahil akan bertaut kembali khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bernama
Tue Mar 17 2015
Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan dibentangkan kerajaan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin menghormati keputusan tiga Exco Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini.
PRN: Kelebihan dijangka memihak PN di Selangor - Penganalisis
Persaingan sengit antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.