awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT

Bernama
Bernama
22/06/2023
09:12 MYT
Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT
Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember 2022, mendakwa Pas dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat kenyataan fitnah di ruangan status Facebook parti itu. - Fail/FB
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang membuat keputusan itu pada Rabu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid.
"Mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu pada 24 hingga 26 November 2025,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.
Peguam Mohd Faizi Che Abu, mewakili Pas pula berkata, mahkamah menolak permohonan parti itu selepas berpendirian terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut antaranya sama ada akaun Facebook itu milik Pas atau tidak.
Pada 15 Februari lepas, Pas yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan membatalkan saman atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.
Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember 2022, mendakwa pada 16 Oktober tahun sama, Pas selaku defendan dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.
Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.
Menerusi pernyataan pembelaan, Pas mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mujahid Yusof
#LGBT
#saman Pas
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan