KOTA BHARU: Pas dijangka berdepan cabaran getir pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perkara itu dilihat menerusi minat rakyat yang lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
Katanya, perhatian rakyat terhadap permasalahan semasa tersebut diperhatikan menerusi Forum Rakyat Siri 1 yang dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) bertajuk Masa Depan Kelantan: Anak Muda yang berlangsung Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini, pada Khamis.
“Pas berdepan cabaran yang getir pada PRU akan datang.
“Hal ini dapat dilihat daripada cetusan minat audien pada forum tersebut yang teralih dengan isu-isu semasa seperti bekalan air di Kelantan berbanding tajuk asal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Sabtu.
Forum yang julung kali diadakan itu menampilkan tiga ahli panel iaitu Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor; Ketua Pemuda Pas, Mohamad Kamal Mohamed dan Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan bersama moderator, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
Awang Azman berkata, penganjuran forum seumpama itu dapat memberi manfaat pencerahan isu yang menjadi kemelut dalam kerajaan Kelantan.
“Forum sebegini perlu diteruskan lagi pada masa depan kerana dapat meraikan kepelbagaian pendapat dari parti politik yang berbeza.
“Ini mampu membuka minda dan pencerahan kepada rakyat negeri Kelantan atau pengundi luar Kelantan,” katanya.
Ujarnya, idea-idea dan gagasan yang dibawa oleh ketiga-tiga ketua pemuda parti di Kelantan pada forum tersebut relevan dengan isu-isu yang diperkatakan oleh rakyat Kelantan khususnya dalam permasalahan yang berlaku.
Forum tersebut antaranya membangkitkan isu berkaitan peluang pendidikan, pekerjaan dan inisiatif kepada golongan muda di negeri itu selain kepentingan mereka dalam arena politik negara.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 18 2022
Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, penganalisis politik Universiti Malaya. - Gambar fail
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
PRN Kelantan: Pas hantar lebih 100 nama untuk tapisan Majlis Syura
Pas Kelantan telah menghantar senarai nama lebih 100 calon yang berkelayakan bagi mewakili parti itu untuk bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Kelantan perlukan pembangkang yang kuat - Nik Nazmi
Pembangkang yang kuat itu bagi memastikan tugas semak dan imbang pentadbiran Pas Kelantan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
PRU15: Pas serah 150 nama calon Parlimen, DUN Kelantan
Kesemua nama calon tersebut dihantar kepada Pas Pusat pada Ogos lalu.
'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.
Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.
Pas Kelantan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan pada PRU15 - Ahmad
Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan.
Pas tidak bimbang rancangan Ku Li rampas Kelantan
Kebiasaannya, ketetapan untuk sesebuah parti menjalinkan kerjasama dibuat oleh parti, dan bukannya individu.
Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.
Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.
Puteri UMNO Kelantan sokong pendirian tidak bersama Pas negeri
Puteri UMNO Kelantan menghormati keputusan Pas Kelantan yang walak kepada keputusan Pas Pusat.