PAS tidak perlu berdolak-dalik dan mengambil masa lama untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) bila DAP mula bertegas dan menolak pelaksanaan hudud.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sikap berdolak-dalik pemimpin PAS berhubung kerjasama politik dengan DAP dilihat tidak disenangi pengikut parti itu.
"Bila cadangan hudud ditentang oleh DAP, PAS sepatutnya cepat-cepat angkat kaki tinggalkan PR.
"Sekarang pemimpin PAS dan DAP masing-masing cuba bersandiwara, kononnya sanggup keluar daripada pakatan," katanya dalam catatan terbaharunya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Tegasnya, pemimpin PAS juga tidak bermain wayang hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka.
"Jika pemimpin PAS ada maruah diri, sepatutnya angkat kaki daripada pakatan pembangkang setelah cadangan hudud ditentang keras oleh DAP.
"Saya percaya DAP tidak akan keluar daripada PR selagi adanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen," jelasnya.
Syed Ali turut mencabar Anwar menyatakan pendiriannya terhadap krisis PAS-DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.
"Mengapa Anwar berdiam diri apabila cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan diperlekehkan DAP?
"Saya desak Anwar nyatakan pendirian sama ada turut bersubahat dengan DAP atau menyokong cadangan yang dikemukakan oleh PAS?" tegasnya.
Bagaimanapun Syed Ali percaya, Anwar tidak berminat dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
"Anwar merupakan pemain politik rakus dan bernafsu besar hanya akan memihak kepada rakan politik yang mampu memberikannya kuasa.
"Dalam krisis PAS-DAP, Anwar yang juga pemimpin utama PKR lebih cenderung untuk bersubahat dengan DAP," ujarnya.
Sebelum ini, PAS membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari PR sekiranya tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Ahad yang mahu PR menjelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Astro Awani
Tue Dec 16 2014
SYED ALI: Sikap berdolak-dalik pemimpin PAS berhubung kerjasama politik dengan DAP dilihat tidak disenangi pengikut parti itu.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.