Berita baik buat pengguna pengangkutan awam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam.

Menurutnya, inisiatif itu terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga hujung tahun ini.

“Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.

“Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020.

“Saya ingin mengingatkan saudara-saudari supaya mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan mengamalkan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya dalam pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek di sini, pada Jumaat.