awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas perlu kemukakan nama calon MB Selangor - Hasan Ali

Bernama
Bernama
10/05/2013
09:12 MYT
Pas perlu kemukakan nama calon MB Selangor - Hasan Ali
Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata PAS Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana peluang ini hanya datang sekali sahaja.
Beliau berkata calon PAS di negeri itu terdiri daripada golongan profesional yang layak mentadbir dan memajukan negeri Selangor ke tahap yang lebih baik.
"Penduduk Selangor yang didominasi oleh kaum Melayu mahukan pemimpin yang mampu membangunkan negeri dengan syariat Islam seperti di Kelantan dan Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di Seri Negeri, di sini hari ini.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata demikian ketika diminta mengulas suasana politik di Selangor melibatkan PAS, PKR dan DAP dalam menentukan Menteri Besar.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dikekalkan jawatannya walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding PAS dan DAP masing-masing dengan 15 kerusi.
Topic Berkaitan
#Hasan Ali
#Menteri Besar
#pakatan
#PAS
#PRU-13
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan