awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas syor tubuh jawatankuasa bebas kaji, teliti royalti minyak

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
28/11/2021
05:36 MYT
Pas syor tubuh jawatankuasa bebas kaji, teliti royalti minyak
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) meninjau Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan ketika melakukan lawatan kerja di tapak projek tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi hari ini. - Gambar BERNAMA
PASIR MAS: Pas mengesyorkan penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk mengkaji dan meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan.
Cadangan itu dilontarkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mencari titik persamaan dan penyelesaian berhubung tuntutan berkenaan.
Jawatankuasa bebas yang disyorkan itu perlu dipersetujui kedua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan juga kerajaan Persekutuan.
“Saya cadang mungkin ada nampak tiada persamaan, mungkin satu jawatankuasa bebas yang dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Persekutuan untuk kita mengesahkan beberapa perkara, pertamanya faktor jarak (pelantar).
“Fakta kedua pula jumlah pengeluaran dan soal perjanjian… kita akan tengok jalan penyelesaian dan cuba atasi,” kata Tuan Ibrahim ketika ditemui pada Lawatan Kerja Menteri Alam Sekitar dan Air di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden parti Amanah, Mohamad Sabu yang mempersoalkan keberadaan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang yang dilihat tidak dapat membantu menyelesaikan isu tuntutan itu.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, isu ini merupakan satu keperluan untuk diselesaikan.
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkatam, isu yang sekian lama itu boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan untuk mencari titik persamaan.
Kata Tuan Ibrahim, perkara berkenaan juga akan dibincangkan kembali bersama Kementerian Kewangan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob.
Kerajaan Kelantan dalam satu kenyataan semalam memohon penjelasan daripada kerajaan Persekutuan berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menjelaskan Petronas tidak akan membuat pembayaran royalti kepada mana mana negeri termasuk Kelantan.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, tindakan itu disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri itu.
BACA: Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ihsan - Tengku Zafrul
BACA: Wang ihsan: Saya terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan - Mohd Amar
Topic Berkaitan
#royalti minyak
#Royalti petroleum
#jawatankuasa bebas
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan