PAS membayangkan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata ini kerana Gerakan Harapan Baharu adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.
"Kami tak boleh bersama sebab dia (Harapan Baharu) parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu di sini, hari ini.
Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baharu) bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
Harapan Baharu itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai Harapan Baharu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.
"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin PAS yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.
"Mungkin itu satu cara yang diambil Presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai Harapan Baharu agar 'berundur secara terhormat' daripada PAS.
"Kalau mereka nak isytihar Harapan Baharu, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.
"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan Harapan Baharu),tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan yang tak menentu. Harapan Baharu pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya.
Bernama
Sat Jul 18 2015
Dalam pada itu, Ahmad sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai Harapan Baharu agar 'berundur secara terhormat' daripada PAS. - Gambar Fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.