Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membayar semula royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar disambut baik oleh pimpinan Pas Terengganu dengan penuh rasa kesyukuran.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah menghidupkan semula semangat federalisme antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
"Ini adalah satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut kandungan Perjanjian Pembangunan Petroleum PDA 1974 yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini namun dimungkiri UMNO-Barisan Nasional (mulai tahun 1999).
"Kerajaan negeri pimpinan Pas juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat yang akan memantau bagaimana kita membelanjakan wang royalti itu.
"Kerajaan pusat dan negeri masing-masing ada bidang tugas tersendiri, jadi kita sentiasa terbuka dalam hal (pemantauan penggunaan royalti) ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Rusila di sini hari ini.
Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang dipengerusikan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan semalam memutuskan penyaluran royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus yang akan diberi secara terus kepada kerajaan negeri
Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim pula berkata keputusan Perdana Menteri itu adalah satu langkah besar dalam mewujudkan perbezaan antara sikap BN dengan Pakatan Harapan yang sudah tentu diterima dengan rasa syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Perdana Menteri, khususnya.
"Politik diskriminasi telah merugikan kita semua dan menggagalkan usaha memberi kesejahteraan secara saksama kepada seluruh rakyat. Ia melebarkan jurang pembangunan dan perkhidmatan serta menimbulkan rasa tidak puas hati oleh layanan berbeza yang tidak menghormati hak demokratik rakyat.
"Sikap kerajaan persekutuan yang adil ini boleh merawat perpecahan dan menyatupadukan rakyat. Perpaduan boleh mempercepatkan proses pemulihan dan pembinaan negara yang lebih kuat dan baik. Semoga keputusan ini akan disusuli dengan lebih banyak khabar positif antara Terengganu dan kerajaan pusat di masa akan datang," katanya.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 1 PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat pula mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang telah mengembalikan semula hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian itu.
"Semoga kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat dipertingkatkan atas semangat federalisme yang pastinya bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018
ABDUL HADI: Ini adalah satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengembalikan hak rakyat Terengganu.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.