awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas ucap terima kasih kepada SPRM

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2019
15:49 MYT
Pas ucap terima kasih kepada SPRM
Takiyuddin memberi amaran Pas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang cuba memfitnah parti itu. - Gambar fail
Pas menghargai pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada duit RM90 juta masuk ke akaun parti Islam itu dari 1Malaysia Development Berhad, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata pengesahan yang dibuat oleh SPRM itu membuktikan tuduhan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara terhadap Pas selama ini merupakan tuduhan liar bertujuan memburukkan imej parti Islam itu.
“Justeru itu Pas menyeru semua pihak agar dapat menerima pengesahan daripada SPRM ini sebagai suatu fakta sahih yang dibuat hasil siasatan yang telus, profesional dan dengan “without fear or favour” kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberi amaran Pas akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang cuba memfitnah parti itu.
Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.
Mohd Shukri berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan.
BACA: Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM
Topic Berkaitan
#1MDB
#Malaysia
#PAS
#SPRM
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan