awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500

Bernama
Bernama
10/05/2024
11:15 MYT
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Chong Soon Hoe dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang akauntan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tandas pada Selasa lepas.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman memerintahkan Chong Soon Hoe, 25, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Chong didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 28 tahun di sebuah pejabat dalam daerah Melaka Tengah pada 4.30 petang 7 Mei lepas mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh diwakili peguam Kent Tan Chow Teng.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai ejen cukai menjumpai CCTV itu dan pemeriksaan oleh wanita tersebut mendapati Chong telah memasang peralatan tersebut selain terdapat rakaman mangsa di tandas.
Pada prosiding itu, Tan memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik kepada anak guamnya kerana ia adalah kesalahan pertama Chong dan tertuduh telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akauntan didenda
#pasang CCTV dalam tandas
#rakan wanita
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan