IPOH: Pasangan tempatan dari Perak yang bernikah di luar negara termasuk di Thailand perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri itu bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa hadapan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi proses pendaftaran itu, Mahkamah Syariah Negeri akan membuat pengesahan terlebih dahulu ke atas perkahwinan itu.
Bagaimanapun, katanya mana-mana pasangan yang telah bernikah di luar negara akan berdepan denda RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
“Dalam erti kata lain, perkahwinan di luar negara ini pasangan itu harus balik ke Perak dan mendaftarkan perkahwinan mereka dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
“Jika perkahwinan (di luar negara) itu disahkan berlaku (oleh Mahkamah Syariah) maka segeralah berdaftar di sini, namun mereka akan dikenakan denda yang mana jumlahnya akan ditentukan Mahkamah Syariah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah; Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim serta Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Perak, Yusoff Razali.
Dalam pada itu, Saarani berkata sekiranya pasangan itu telah mendaftar perkahwinan mereka dengan JAIPk, anak yang dilahirkan boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.
“Jika perkahwinan pasangan itu telah disahkan maka, tidak ada masalah untuk anak mereka memperoleh sijil kelahiran.
“Memang tidak ada masalah perkahwinan di luar negara cuma, perlu mendaftarkan perkahwinan di negeri,” katanya lagi.
Mengulas Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak, Saarani berkata, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan sejak tahun lalu.
Katanya, program itu bagi membantu dan menjaga kebajikan anak-anak yatim, yatim piatu yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19.
“Pada tahun 2022 sahaja, pihak Felcra Berhad telah menyumbang RM252,000 dalam bentuk pembayaran dividen keuntungan kepada para penjaga.
“Bagi pelaksanaan pada tahun 2023 pula, sebanyak RM432,000 akan diperuntukan pihak Felcra Berhad untuk program ini,” katanya lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jan 18 2023

Pasangan tempatan dari Perak yang bernikah di luar negara termasuk di Thailand perlu mendaftarkan semula perkahwinan mereka di negeri itu bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa hadapan, kata Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail
Tengku Permaisuri Selangor turun padang sertai larian bersama bomba
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan mencemar duli menyertai rakyat dalam program larian bersama bomba 2025.
Ramanan nafi terlibat salah laku
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan menafikan dakwaan terlibat dengan sebarang salah laku susulan satu video tular memaparkan beliau memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis.
Draf pindaan berkaitan tahanan di rumah dibentang tahun ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jelaskan, draf pindaan Akta Penjara berkaitan pelaksanaan tahanan rumah di peringkat semakan Jabatan Peguam Negara dan akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini.
Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat Sabtu.

Pemilihan PKR: Ramanan nafi terlibat salah laku
Datuk Seri R Ramanan menafikan dakwaan terlibat dengan sebarang salah laku susulan satu video tular memaparkan beliau memberikan wang kepada individu lain di hadapan sebuah premis.

Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang
Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan PKR kini berdepan risiko amalan politik wang bagi menarik sokongan khususnya pada pemilihan sesi 2025-2028.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025
Malaysia melakar sejarah apabila dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di ibu negara dari 4 hingga 8 Nov ini.

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Pasangan bernikah di Thailand perlu daftar, denda tetap dikenakan - MB Perak
Sekiranya perkahwinan didaftarkan dengan JAIPk, anak yang lahir boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.

Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand
Lelaki yang memilih bernikah di Siam adalah orang yang tidak tahu malu sebab membelakangkan ibu bapa dan isteri pertama.