awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat
Anggota pengaman PBB cedera akibat tembakan di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan kekasih ditahan cuba seludup mercun, barangan makanan

Bernama
Bernama
05/12/2021
13:28 MYT
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup mercun, barangan makanan
Mereka dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand. - Gambar hiasan
PASIR MAS: Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan sepasang kekasih berstatus duda dan janda dipercayai cuba menyeludup masuk mercun dan barangan makanan dari Thailand, di Kampung Lubok Chekok, Banggol Chicha, di sini, malam tadi.
Penolong Pegawai Pemerintah PGA8 DSP K.Ramesh berkata kedua-duanya yang berusia 36 dan 40 tahun ditahan sepasukan anggota PGA yang menjalankan Op Benteng COVID dalam serbuan pada 10 malam.
"Terdahulu, anggota PGA8 telah terserempak dengan sebuah lori di dalam semak dan apabila dihampiri didapati terdapat seorang lelaki sedang menyusun kotak di bahagian belakang lori manakala seorang wanita di kerusi penumpang hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan kemudian menemukan 70 guni dan 23 kotak mengandungi pelbagai mercun, 3,240 kotak mi segera dan 40 kotak serbuk teh buatan negara jiran tersebut.
Ramesh berkata pasangan itu bersama keseluruhan barangan rampasan dianggar bernilai RM329,860 termasuk lori dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepasang kekasih
#PGA8
#seludup mercun
#Thailand
#Kampung Lubok Chekok
#Banggol Chicha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan