Pasangan kekasih ditahan selepas lari pemeriksaan polis

Video tular aksi kenderaan polis mengejar kereta Perodua Bezza dinaiki suspek. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Sepasang kekasih ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam selepas bertindak memecut kenderaan dan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di BPS 4, Senawang, di sini, awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Pasangan kekasih ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam selepas memecut kenderaan dan melarikan diri daripada pemeriksaan polis di BPS 4, Senawang.
- Polis mengejar Perodua Bezza suspek dari Jalan Senawang hingga terbabit terbabas berhampiran jejambat Lebuhraya LEKAS, Senawang, selepas pemandu melanggar MPV polis.
- Kedua-dua suspek, lelaki 23 tahun dan wanita 22 tahun, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun tiada rekod jenayah lampau bagi kedua-dua suspek.
“Polis kemudian mengejar kenderaan suspek dari Jalan Senawang menuju ke susur keluar ke Seremban berhampiran jejambat Lebuhraya LEKAS, Senawang, sebelum kereta terbabit terbabas dan melanggar tembok,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemandu lelaki berusia 23 tahun dan penumpang wanita berusia 22 tahun berada di dalam kenderaan terbabit.
“Semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod, manakala ujian saringan air kencing juga negatif.
“Kedua-dua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial sekurang-kurangnya empat unit peronda dilihat mengejar kenderaan dinaiki pasangan berkenaan di kawasan Sri Mawar, di sini. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku dalam kejadian di BPS 4, Senawang yang melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita? A: Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam selepas memecut kenderaan dan melarikan diri daripada pemeriksaan polis di BPS 4, Senawang.
- Q: Bagaimanakah kejadian bermula dan berakhir berdasarkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban? A: Kejadian bermula apabila pasangan itu mengundurkan kereta dan melanggar MPV polis sebelum memecut melarikan diri. Polis mengejar kenderaan suspek dari Jalan Senawang hingga terbabas dan melanggar tembok di susur keluar ke Seremban berhampiran jejambat Lebuhraya LEKAS, Senawang.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap kedua-dua suspek selepas kejadian tersebut? A: Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 23 tahun dan seorang wanita berusia 22 tahun, telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Siasatan lanjut masih diteruskan terhadap mereka.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

