Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin, yang dituduh memukul anak-anak mereka, menghadiri perbicaraan pada Selasa di Stockholm dan bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika didapati bersalah.
Pasangan tersebut mula dibicarakan pada pukul 9 pagi di Mahkamah Daerah Solna atas dakwaan kesalahan yang dilakukan terhadap anak-anak mereka.
Wartawan Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin yang kini berada di Sweden memberikan gambaran suasana perbicaran kes yang mendapat tumpuan media di negara ini.
Ketika dihubungi, Zan berkata, pasangan tersebut tiba di Mahkamah dengan Shalwati dilihat sedikit emosi apabila melihat suaminya yang mungkin telah dipisahkan sejak ditahan Disember lepas.
Antara yang hadir dalam prosiding itu untuk memberi sokongan kepada pasangan itu adalah Duta Besar Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Ab Rahman, kakitangan Tourism Malaysia dan keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.
Prosiding bermula dengan pendakwa membaca tuduhan terhadap pasangan itu seperti meninggalkan kesan fizikal ke atas anak-anak mereka menggunakan objek seperti penyangkut baju dan tongkat, serta memukul dengan tangan.
Ini diikuti dengan bacaan tuntutan pampasan oleh peguam yang kanak-kanak, di mana mereka mendakwa antara 50,000 Krona dan 62,000 Krona (sekitar RM25,000 hingga RM50,000).
Peguambela, Kristofer Stahre memaklumkan bahawa pasangan itu mengaku tidak bersalah bagi semua tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Pihak defendan mengemukakan beberapa bukti antaranya surat yang ditulis oleh Ammar, 12, kepada ibunya.
"Mummy, saya minta maaf, segalanya bermula kerana kemarahan saya, saya akan sentiasa menyayangi anda dan tiada apa yang mengubah hal itu. Love, Amar. P.S: Saya sentiasa mengasihi kamu."
Bilik mahkamah turut dipenuhi oleh media Sweden.
"Saya telah bertemu dengan wartawan dari Channel 4 dan katanya media Sweden biasanya tidak memberi perhatian kes-kes tersebut kerana ia merupakan kejadian biasa, disebabkan oleh perhatian yang diberikan oleh media Malaysia mengenai kes itu, ia turut menjadi tumpuan mereka," kata Zan ketika dihubungi Awani 745.
Perbicaraan yang dijangka berlangsung selama 10 hari menyaksikan Azizul dan Shalwati mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang terhadap mereka.
Empat anak Shalwati iaitu Aisyah,14, Ammar,12, Adam, 10 dan Ariff, berumur tujuh tahun walau bagaimanapun tidak akan memberi keterangan di mahkamah.
Anak-anak pasangan itu kembali ke Malaysia pada awal Februari dan kini di bawah jagaan ibu saudara mereka Sharlena Makhzan yang juga seorang guru.
Shalwati dan Azizul didakwa Isnin lalu selepas ditahan sejak 18 Disember 2013.
Astro Awani
Tue Feb 18 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasangan Malaysia Azizul dan Shalwati mula dibicarakan di Sweden
Jika didapati bersalah, Azizul dan Shalwati bakal dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun sabit kesalahan.