KOTA BHARU: Walaupun hampir 40 tahun bersara sebagai tentera, Zahari Abdullah tetap bersemangat untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mencipta replika meriam menggunakan Jalur Gemilang dan meletakkannya di tepi sawah padi berdekatan rumahnya.
Menariknya, usaha itu bukan sahaja dilakukan bersendirian malah pesara berusia 70 tahun itu turut dibantu isterinya Tuan Yah Tuan Yeh, 63, yang juga pesara jururawat.
"Idea saya dan isteri untuk buat replika ini sentiasa ada apabila masuk Bulan Kebangsaan sebagai contoh tahun lepas, kami buat replika wau bulan.
"Jadi untuk tahun ini, kelainan yang kami cuba tampilkan adalah mereka cipta replika meriam menggunakan bahan-bahan terpakai dengan dihiasi Jalur Gemilang untuk diletakkan di tepi sawah padi dekat rumah saya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Kubang Bongor Melor, di sini, baru-baru ini.
Zahari yang berkhidmat selama 13 tahun dalam bidang ketenteraan berkata antara bahan terpakai yang digunakan ialah tayar, buluh, kayu papan lapis dan besi bagi membentuk meriam serta membalutnya dengan Jalur Gemilang.
"Usaha ini akan terus dilakukannya bersama isteri untuk memupuk semangat cintakan tanah air terutama kepada generasi kini.
"Kalau bukan kita siapa lagi yang mahu lakukan kepada generasi sekarang. Walaupun mereka ini tidak pernah hidup zaman penjajah tetapi semangat kibarkan Jalur Gemilang perlu disemai dalam jati diri anak-anak muda," katanya yang membelanjakan RM700 untuk membeli Jalur Gemilang.
Sementara itu, Tuan Yah mencadangkan supaya pihak kerajaan dan agensi terus mempergiatkan aktiviti untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini.
"Kalau boleh jangan tunggu Bulan Kebangsaan sahaja baru nak adakan pertandingan atau aktiviti. Setiap bulan perlu wujudkan program-program yang boleh menyemai semangat cintakan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
Zahari dan isteri giat menghiasi replika meriam dibaluti dengan Jalur Gemilang ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Kubang Bongor Melor, Kota Bharu, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
13 pendaki mula cabaran kibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya
Seramai 13 orang pendaki akan menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula hari ini sehingga 13 Mac 2024.
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Malaysia tekad kibar Jalur Gemilang di Kejohanan Dunia Pelayaran
Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023
Memecah keheningan seawal 1 pagi, lautan manusia membanjiri setiap sudut di sekitar Dataran Putrajaya, lokasi utama sambutan kali ini.
12 tahun Tazar abadikan rasa cinta negara, hias kereta, laman dengan Jalur Gemilang
Tazar berkata, minatnya menghias kereta dengan lebih 100 bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula sejak dia berusia 30-an.