awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia berpunca kelemahan dalaman berpanjangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri dalang sindiket pecah rumah, curi kenderaan mewah tumpas

Bernama
Bernama
21/12/2021
06:30 MYT
Pasangan suami isteri dalang sindiket pecah rumah, curi kenderaan mewah tumpas
ACP Zaid berkata, pasangan suami isteri itu ditahan bersama dua lelaki yang juga ahli sindiket tersebut di sekitar Kajang pada 6 Disember lepas. - Gambar fail
KAJANG: Sepasang suami isteri yang mendalangi sindiket curi kenderaan dan pecah rumah, dikenali sebagai geng Apil, akhirnya tumpas selepas dua tahun aktif melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pasangan suami isteri masing-masing berusia 39 dan 45 tahun itu ditahan bersama dua lelaki yang juga ahli sindiket tersebut di sekitar Kajang pada 6 Disember lepas.
"Sindiket ini menyasarkan rumah mewah untuk dipecah masuk dan melarikan kenderaan mewah milik mangsa sebelum dijual kepada pihak ketiga dengan harga yang lebih murah.
"Kenderaan yang dicuri akan ditempatkan di beberapa kawasan termasuk tempat letak kereta kondominum dan tepi jalan bagi mengelakkan aktiviti mereka disedari polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
Susulan tangkapan itu, Mohd Zaid berkata polis merampas lapan buah kenderaan mewah, antaranya jenis Honda Civic, Range Rover, Toyota Vios, Camry dan Nissan Almera.
Mohd Zaid berkata, tiga suspek yang ditahan memiliki 36 rekod jenayah membabitkan kesalahan jenayah dan dadah manakala wanita yang ditahan tidak memilki rekod jenayah lampau.
Beliau berkata dengan tangkapan tersebut, pihaknya berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan melarikan kenderaan yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada awal tahun ini.
Katanya kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 serta 379 Kanun Keseksaan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah
#suami isteri
#curi kenderaan
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan