awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera, bunuh kanak-kanak tiga tahun

Bernama
Bernama
22/04/2022
13:43 MYT
Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kes dera, bunuh kanak-kanak tiga tahun
Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, yang meninggal dunia di Hospital Jitra, semalam. - Gambar hiasan
BANDAR BAHARU: Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, yang meninggal dunia di Hospital Jitra, semalam.
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kanak-kanak itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam oleh ahli keluarganya selepas tidak sedarkan diri, dan hasil bedah siasat mendapati ada kesan lebam dan tekanan dipercayai dipijak pada anggota badan anak bongsu dari tiga adik beradik itu.
"Pasangan suami isteri masing-masing berusia 22 dan 26 tahun dipercayai baru berkahwin dua hingga empat bulan lepas itru ditahan bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek mengaku memukul kanak-kanak itu, namun siasatan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya kesan pukulan itu yang menyebabkan kematian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau keadaan di Bukit Thorn di sini, yang merupakan lokasi pencarian tahanan Rohingya yang lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dua hari lepas.
Wan Hassan berkata pasangan itu ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan semakan mendapati wanita yang ditahan itu mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes curi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri
#kes dera
#kanak-kanak perempuan
#meninggal dunia
#Hospital Jitra
#Polis Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan