awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan suami isteri ditahan berhubung kes lemas dua beradik di Sungai Linggi

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/09/2025
01:05 MYT
Pasangan suami isteri ditahan berhubung kes lemas dua beradik di Sungai Linggi
Pasangan tersebut akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PORT DICKSON: Sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa kepada dua beradik yang lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi berhampiran Jambatan Tanjung Agas, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Ibu bapa kepada mangsa ditahan selepas memberi keterangan meragukan; si bapa mempunyai 16 rekod jenayah termasuk empat kes aktif.
  • Nissan Teana yang terjunam ke Sungai Linggi dikenal pasti sebagai kenderaan yang dilaporkan hilang di Johor.
  • Dua kanak-kanak lemas selepas kereta menggelongsor ke sungai; si ibu diselamatkan, manakala si bapa berada di luar kenderaan ketika kejadian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, memaklumkan bahawa lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berumur 41 tahun itu ditahan selepas didapati memberikan keterangan yang meragukan berhubung insiden berkenaan.
Hasil semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk empat kes yang masih dikehendaki pihak berkuasa.
Wanita terbabit pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif.
Siasatan lanjut ke atas kenderaan jenis Nissan Teana yang terlibat dalam kejadian itu mendapati ia merupakan kereta yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor, pada tahun 2022.
Pasangan tersebut akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Husairin Che Hussin di nombor 012-965 4927.
Sebelum ini, media melaporkan aktiviti memancing empat sekeluarga bertukar tragedi apabila dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun dilaporkan lemas selepas kereta mereka menggelongsor ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tanjung Agas, Teluk Kemang, sekitar jam 11.40 pagi semalam.
Mangsa yang maut merupakan pasangan adik-beradik, manakala ibu mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata siasatan awal mendapati keluarga tersebut sedang bersantai di dalam kereta yang diparkir kira-kira 10 meter dari tebing sungai dengan enjin dimatikan.
Ketika kejadian, bapa kepada kanak-kanak tersebut berada di luar kenderaan untuk merokok sebelum kereta itu secara tiba-tiba menggelongsor ke dalam sungai.
Dua anak mereka terperangkap, manakala si ibu sempat diselamatkan.
Topic Berkaitan
#suami isteri
#anak lemas
#Sungai Linggi
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan