awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut, kereta langgar belakang lori

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2025
06:00 MYT
Pasangan warga emas maut, kereta langgar belakang lori
Keadaan kereta mangsa yang melanggar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bindu, Tongkang Pechah, Batu Pahat ada Sabtu. -Sinar Harian
BATU PAHAT: Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bindu, Tongkang Pechah, di sini, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Bindu, Tongkang Pechah, pada pagi Sabtu.
  • Pemandu lori berusia 44 tahun tidak cedera, manakala pemandu kereta, Mazalan Balia, 69, dan isterinya, Pauziyah Radin Ahmad, 75, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 9.30 pagi.
"Kemalangan dipercayai berlaku semasa sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dari arah Bindu menghala ke arah Tongkang Pechah.
"Apabila sampai di tempat kejadian iaitu semasa sedang berhenti di lampu isyarat merah tiba-tiba sebuah kereta dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Shahrulanuar Mushaddat memaklumkan, kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta iaitu seorang lelaki tempatan berumur 69 tahun cedera parah pada beberapa organ dalaman.
Isterinya kata beliau iaitu penumpang yang juga warga tempatan berumur berusia 75 tahun pula mengalami kecederaan di kepala, rusuk kanan dan kaki kanan.
Menurutnya, mangsa, Mazalan Balia disahkan meninggal dunia jam 2 tengah hari dan isterinya, Pauziyah Radin Ahmad pula meninggal dunia pukul 1.45 petang semasa kedua-duanya sedang dalam rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.
Siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#suami isteri
#warga emas
#langgar belakang lori
#Jalan Bindu Tongkang Pechah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan