awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan warga emas maut tersepit dalam nahas kereta-lori di Tampin

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2021
03:37 MYT
Pasangan warga emas maut tersepit dalam nahas kereta-lori di Tampin
Keadaan kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri warga emas di Jalan Tampin-Gemas. -Gambar Sinar Harian
TAMPIN:Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok, di sini, malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.46 malam itu, mangsa Mohamad Ismail, 70, dan Halijah Hamat, 62, yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Palong 3, disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.52 malam.
"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan lori lima tan yang membawa muatan kayu.
"Ketika bomba sampai di lokasi kejadian, pasangan itu didapati masih tersepit di dalam kereta mereka dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat kedua-duanya," katanya, di sini, pada Khamis.
Menurut Norfaizal, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#warga emas
#lori muatan kayu
#Mohamad Ismail
#Halijah Hamat
#Felda Palong 3
#Norfaizal Ahmad
#maut tersepit
#Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan