Kerajaan menyasar kesemua 587 pasar tani di 331 buah lokasi di seluruh negara akan bebas daripada cengkaman orang tengah atau pemborong menjelang Januari tahun depan, kata Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jihad memerangi orang tengah dalam kalangan peniaga pasar tani telah bermula sejak Jun lepas bagi fasa pertama dengan melibatkan 66 pasar tani.
Fasa kedua pula akan bermula September ini dengan melibatkan 176 pasar tani, manakala pasar tani yang selebihnya akan bebas dari orang tengah melalui fasa ketiga bermula November hingga Januari tahun hadapan, katanya semasa melancar Pasar Tani Khas Aidilfitri 2015 peringkat kebangsaan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata apabila bebas, pasar tani tidak lagi akan terikat dengan orang tengah serta dapat menjual barangan tempatan kecuali produk yang terpaksa diimport seperti bawang.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diarahkan untuk menjadi pengimport tunggal bagi barangan yang tidak terdapat di negara ini seperti ubi kentang bagi memastikan penyelarasan harga sebelum dijual semula kepada para peniaga pasar tani, katanya.
Program Pasar Tani Khas Aidilfitri itu yang akan diadakan sehingga sehari sebelum Aidilfitri merupakan inisiatif kerajaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan hari raya dengan harga yang berpatutan serta barangan yang segar.
Ia menawarkan harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah ke atas 73 produk dan komoditi yang terpilih berbanding dengan harga pasaran.
Ismail Sabri berkata program ini merupakan kesinambungan daripada program Jualan Turun Harga yang dijalankan kerajaan untuk menurunkan harga hasil pertanian dan produk makanan di pasaran ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Pasar Tani Khas Aidilfitri ini juga menyaksikan penambahan barangan berkaitan Aidilfitri seperti daun palas, buluh lemang dan daun kelapa," katanya.
Bernama
Fri Jul 10 2015
ISMAIL: Apabila bebas orang tengah, pasar tani tidak lagi akan terikat dengan orang tengah serta dapat menjual barangan tempatan kecuali produk yang terpaksa diimport.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.
JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.